Luar Negara Berita

‘Mintak maaf dulu, baru boleh pulang’ – Rivaldo kepada Neymar

Lagenda Brazil, Rivaldo meminta agar Neymar memohon maaf terlebih dahulu kepada Barcelona dan para peminat sekiranya dia mahu pulang ke Camp Nou.

Keputusan Neymar untuk meninggalkan Barcelona dua tahun lalu tidak berjalan lancar di Barcelona, ​​di mana permusuhan masih kekal diantara para penyokong dan pemain kelahiran Brazil tersebut.

Tetapi selepas dua musim di Paris, pemain berusia 27 tahun itu dikatakan mahu kembali ke ibu kota Catalan setelah gagal menyinar di PSG.

Bagaimanapun, naib presiden Barcelona, ​​Jordi Cardoner mengesahkan bahawa lembaga pengarah Camp Nou menyedari hasrat Neymar untuk kembali, tetapi berkata bahawa mereka perlu memutuskan sama ada memerlukan khidmat pemain tersebut.

Dan bekas pemain Barca, Rivaldo telah mencadangkan, Neymar mungkin harus sujud dan meminta maaf, selain membuat pemotongan gaji, jika ingin pulang ke Barcelona.

“Neymar harus memohon maaf kepada peminat Barca dan memberitahu mereka bahawa di Barcelona sahaja dia mampu memainkan bola sepak terbaiknya. Sekiranya dia berbuat demikian, peminat Barca akan mengalu-alukannya kembali, “kata Rivaldo kepada AS.

“Neymar mungkin perlu menerima gaji yang kurang untuk jika mahu kembali, tetapi saya percaya ia akan lebih daripada nilai pengorbanan kewangan kerana dia mungkin akan merasa bahagia di atas dan di luar padang. Barca adalah tempat dia bermain bola sepak terbaiknya hingga kini dan memenangi trofi yang paling penting. ”

Bekas bintang Brazil itu juga menyatakan bahawa peluang Neymar untuk memenangi Ballon d’Or dan Liga Juara-Juara akan bertambah baik sekiranya dia dapat kembali ke Camp Nou. “Kadang-kadang anda perlu mengambil langkah kebelakang sebelum mengambil dua atau tiga langkah kehadapan,” katanya.