Luar Negara Berita

El Shaarawy dedah sebab beliau tolak tawaran RM75.38 juta

Pemain sayap Roma, Stephan El Shaarawy berkata dia menolak berpindah ke China kerana dia masih mahu bermain di peringkat tertinggi dan ianya sangat terlalu awal untuk berpindah.

El Shaarawy dilaporkan bakal dibayar dengan harga yang lumayan oleh salah sebuah pasukan China, Shanghai Shenhua, di mana beliau dilaporkan bakal menerima RM75.38 juta setahun.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu menolak tawaran tersebut dan menjelaskan keputusannya untuk kekal.

“Saya tidak mahu meninggalkan Eropah,” katanya.

“Saya masih mahu bermain di peringkat tertinggi. Ia terlalu awal, tidak sampai 26, untuk membuat pilihan yang drastik. ”

Pemain antarabangsa Itali ini hanya tinggal setahun dalam kontraknya bersama Roma dan dilaporkan pihak kelab bersedia untuk memanjangkan kontraknya.

Untuk rekod, beliau telah menjaringkan 11 gol dan 5 bantuan gol dalam 28 penampilan bersama Roma.