Piala FA Malaysia Berita

Shopee Piala FA : Felda tak mahu mengalah

Felda United terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-0 ke atas Kedah pada aksi pertama separuh akhir Piala FA di Stadium Darul Aman.

Gol penyerang Kedah, Fernando Rodriguez menerusi sepakan penalti pada minit ke-69 meranapkan impian Felda untuk pulang dengan keputusan seri.

Bagi pengendali Felda, Mohd Nidzam Jamil percaya pasukannya mampu bangkit pada aksi kedua separuh akhir 29 Jun nanti.

Biarpun mengakui bahawa taktikal yang digunakan berkesan apabila pasukan Kedah gagal merobek gawang Felda sehingga minit ke 69.

Beliau masih kecewa dengan kekalahan tipis disebabkan jaringan penalti.

“Kita terpaksa menyerap semua serangan yang Kedah lancarkan kerana jika tidak berbuat demikian, kita juga pernah ditewaskan dengan jumlah empat gol di sini.”