Terengganu FC (TFC) bakal berdepan Kuala Lumpur pada aksi Liga Super yang berbaki lima perlawanan lagi.
Skuad TFC dilihat bakal mencari tiga mata penuh bagi mencabar kedudukan lima terbaik Liga Super dengan Pahang dan Johor Darul Ta’zim dilihat sudah sukar untuk di cabar.
Justeru, bagi pengurus pasukan TFC, Ahmad Shahrizal Yahya mencabar barisan pemain TFC untuk memberi segalanya bagi membuktikan kemampuan mereka.
Beliau juga meminta para pemain agar memberi sepenuh tumpuan dengan baki lima perlawanan terakhir Liga Super bagi menempatkan diri mereka di tempat ke empat terbaik liga musim ini.
“Apa yang kami harapkan ialah pemain perlu mempamerkan aksi sebenar mereka dengan meningkatkan prestasi kerana itu adalah jalan terbaik untuk memastikan impian Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tercapai,” kata Shahrizal kepada BH Sukan.