Luar Negara Berita

Video : AC Milan lantik Marco Giampaolo

AC Milan telah melantik Marco Giampaolo sebagai jurulatih baharu mereka dalam perjanjian dua tahun, menggantikan Gennaro Gattuso di San Siro.

Jurulatih berusia 51 tahun itu menghabiskan masa tiga tahun terakhir sebagai jurulatih Sampdoria, di mana beliau berjaya meletakkan pasukan tersebut dikedudukan sepuluh terbaik Serie A dalam dua kempen pertamanya.

Dilaporkan bahawa ketibaan Giampaolo ke AC Milan adalah keputusan dua pengarah teknikal baru dan ketua pegawai bola sepak Milan, Paola Maldini dan Zvonimir Bohan.