Luar Negara Berita

Saya mahu pulang ke rumah, saya tidak sepatutnya keluar – Neymar

“Saya tidak mahu bermain di sini lagi, saya mahu pulang ke rumah, saya tidak sepatutnya keluar”, itulah antara kata-kata pemain kelahiran Brazil, Neymar seperti yang dipaparkan oleh media Sepanyol, Mundo Deportivo semalam.

Pemain berusia 27 tahun itu dikhabarkan telah menghantar mesej kepada Presiden Paris Saints-Germain, Nasser Al Khelaifi bahawa beliau bersedia untuk meninggalkan PSG untuk ke Barcelona manakala Gol pula melaporkan bahawa pemain kelahiran Brazil itu sudah mula mencari rumah di sekitar Catalan.

Muka hadapan akhbar Mundo Deportivo

Sebelum ini, Perancis Football telah menerbitkan satu temu bual, di mana presiden PSG bersedia melepaskan mana-mana bintang yang tidak berpuas hati dengan kehidupan di PSG.

Barca dilaporkan sedia mendapatkan kembali Neymar dengan 100 juta euro bersama-sama Dembele, Rakitic dan Umtiti dilaporkan bakal dilepaskan ke PSG bagi sebahagian daripada perjanjian tersebut.