Luar Negara Berita

Kata-kata terakhir Luis Enrique sebelum tinggalkan skuad Sepanyol

Luis Enrique telah meletakan jawatan sebagai ketua jurulatih Sepanyol melalui satu surat pendek di mana beliau menyatakan penghargaannya kepada Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF).

Enrique dikhabarkan telah mengalami masalah peribadi yang menjadikan beliau tidak mampu untuk mengendai Sepanyol untuk tiga perlawanan terakhir mereka. Bermula dengan Malta pada 26 Mac dan kemudian dua perlawanan pada bulan Jun nanti menentang Kepulauan Faroe dan Sweden.

“Oleh kerana sebab-sebab yang menghalang saya daripada berfungsi sebagai jurulatih sejak Mac lalu hingga hari ini, saya telah memutuskan untuk meninggalkan jawatan [ketua jurulatih Sepanyol],” tulis Luis Enrique.

“Terima kasih kepada mereka yang bertanggungjawab di RFEF, untuk keyakinan dan pemahaman yang ditunjukkan.

“Terima kasih terutama kepada semua orang yang menjadi sebahagian daripada kakitangan dan pemain untuk profesionalisme mereka.

“Tidak lupa media untuk kebijaksanaan anda dan penghormatan.

“Terima kasih dari hati saya.”

Luis Enrique akan digantikan oleh pembantunya, Robert Moreno.