Takefusa Kubo adalah nama yang sedang disebut-sebut di seluruh dunia selepas beliau bakal menyertai Real Madrid musim hadapan bersama-sama dengan Eden Hazard, Luka Jovic dan yang lain.
Jepun bakal menghadapi Chile pada Isnin ini depan dalam perlawanan pertama Copa America dan berita tentang penghijrahan Kubo dari FC Tokyo telah mengejutkan ramai pasukan.
“Saya amat gembira kerana telah menandatangani Real Madrid,” katanya selepas ditemubual Marca.
“Saya tenang, hari yang biasa, tetapi saya sangat gembira.”
Kubo, 18 tahun adalah pemain termuda skuad Jepun dalam saingan Copa America. Jepun juga dilihat bersiap sedia dalam menghadapi saingan Sukan Olimpik tahun depan di Tokyo.