Luar Negara Berita

Liverpool vs Tottenham : Kekalahan di Kiev jadi motivasi buat Jurgen Klopp

Sifat dahagakan kejayaan adalah antara watak penting jurulatih kelahiran Jerman ini apabila kejayaan beliau membawa Liverpool ke pentas akhir Liga Juara-Juara menentang Tottenham pada Ahad ini.

Selepas tewas pada aksi final Liga Juara-Juara di tangan Real Madrid satu tahun lalu di Kiev, Jurgen Klopp bangkit membawa kembali anak buahnya ke pentas akhir kejohanan terbesar Eropah.

Wanda Metropolitano bakal menjadi saksi kedua-dua pasukan bakal berentap bagi menjulang kejuaraan sulung untuk kedua-dua pasukan.

Memetik kata-kata beliau di laman web kelab, Klopp akui, kekalahan di tangan Madrid tahun lalu telah memberi kesan yang besar kepada beliau dan para pemain.

“Ia mempunyai pengaruh yang besar kepada kami,” kata Klopp.

“Saya masih ingat keadaan kami ketika berdiri dalam barisan di lapangan terbang di Kiev sewaktu dalam perjalanan pulang, semua dalam pakai sukan, memandang ke bawah, semua orang benar-benar kecewa [dan] sangat kecewa dengan keadaan [itu].

“Kami tidak dapat melakukannya. [kami] tidak dibenarkan untuk marah pada [perkara] ini atau [perkara] itu – terdapat banyak emosi yang berbeza di kepala kami, sangat jelas. Tetapi rancangannya [adalah] kami mahu datang lagi, kami akan berada di sana lagi, dan sekarang kami berada di sana. Itu sangat luar biasa.

Klopp juga menyatakan bahawa kekalahan di Kiev telah memberikan pemainnya satu motivasi untuk kembali beraksi di pentas akhir Liga Juara-Juara.

Liverpool bakal bertemu Spurs pada Ahad ini.