Luar Negara Berita

Demi menaikkan semangat pesakit kanak-kanak, jersi bolasepak ditukar kepada jubah hospital

Jersi bola sepak Sepanyol yang lama diberikan nafas baharu apabila digunakan sebagai jubah untuk para pesakit wad kanak-kanak.

Daripada membiarkan jersi kelab dari La Liga menuju ke tempat pelupusan sampah, satu syarikat telah mencipta jersi tersebut sebagai jubah  yang digunakan oleh hospital untuk pesakit kanak-kanak bagi menaikkan motivasi mereka.

Kanak-kanak di Hospital San Rafael di Madrid telah dilihat memakai jersi Barcelona, ​​Real Madrid dan Atletico Madrid, di mana tertera nama para pemain bola sepak kesayangan mereka.

Idea untuk menjadikan jersi La Liga menjadi jubah adalah bagi menggantikan jubah hospital hijau yang biasa dengan sesuatu yang lebih ceria.

Ini juga adalah salah satu usaha mereka untuk menaikkan motivasi anak-anak supaya menjadi lebih kuat dan sentiasa positif.

Dalam video promosi yang direkodkan di hospital Madrid, ia menjelaskan bahawa kempen ini adalah untuk membantu kanak-kanak ‘menghadapi perlawanan paling sukar’.

“Penyakit adalah saingan yang menakutkan. Tetapi ia mampu dilawan,”

“Kami telah menghidupkan baju bolasepak bertukar menjadi jubah hospital.

“Kerana sesuatu yang hebat berlaku apabila kita memakai baju pasukan kesayangan kita. Kami menjadi lebih gigih, lebih kuat dan lebih bersedia untuk mengalahkan lawan kami.”