Liga Super Malaysia Berita

JDT vs Pahang : Harimau Selatan tumbangkan Tok Gajah di Larkin

Kemenangan selesa Johor Darul Ta’zim ke atas Pahang, 2-0 pada saingan Liga Super semalam di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin mengukuhkan lagi kedudukan mereka di puncak Liga Super.

Bagi pengurus pasukan, Luciano Figueroa nyata gembira dengan kemenangan pasukannya yang kini telah mengumpul 33 mata dengan perbezaan lapan mata dengan pencabar, Pahang.

“Ia adalah perlawanan yang sukar, kami memerlukan kemenangan dan kami berjaya memenanginya. Saya gembira dengan aksi yang dipamerkan oleh anak buah saya” Katanya sejurus selepas tamat sidang media.

Selepas berjaya mencipta kejutan dengan kemenangan tipis ke atas juara bertahan Kashima Antlers dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) minggu lalu, JDT turun dengan motivasi yang tinggi bagi memburu kemenangan selesa ke atas musuh mereka, Pahang.

JDT memulakan perlawanan dengan dominasi yang tinggi apabila mula mengawal kubu lawan dengan cubaan bahaya pada minit ke-12 menerusi hantaran linta Gonzalo Cabrera yang disambar Safawi Rasid tetapi ditampan kemas oleh penjaga gol Pahang, Helmi Eliza Elias.

Sekali lagi JDT gagal memanfaatkan peluang apabila umpanan Safawi kepada Cabrera yang berada di dalam kotak penalti tidak berhasil menciptakan gol biarpun Helmi Eliza Elias sudah pun tertewas pada minit ke-32.

Keputusan seri tanpa jaringan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk babak kedua, Pahang mula mengasak ke kubu JDT dengan cuba Ze Eduardo hampir meletakkan skuad Tok Gajah di hadapan pada minit ke-52 tetapi berjaya diselamatkan oleh Farizal Marlias.

JDT akhirnya bejaya memecahkan kebuntuan menerusi kapten pasukan Hariss Harun yang bergandingan dengan Akhyar Rashid pada permainan cantik satu dua pada minit ke-69 untuk meletakkan mereka di hadapan.

Ahkyar sekali lagi muncul wira JDT apabila melengkapkan malam kemenangan JDT dengan gol kedua dengan menanduk masuk bola bagi menewaskan Helmi Eliza yang tidak dapat berbuat apa-apa.

Dan ketika aksi babak kedua hampir berakhir, Ahkyar memastikan kemenangan buat tuan rumah selepas mudah menanduk masuk menewaskan Helmi Eliza yang hanya tergamam melihat bola menerjah gawangnya.