Luar Negara Berita

Mangsa yang ditumbuk Neymar – ‘Ancaman sudah mengetuk pintu rumah saya’

Nelson, mangsa yang ditumbuk Neymar selepas final Coupe de France, telah tampil kehadapan bagi menjelas kejadian itu, termasuk apa yang telah beliau alami sejak itu.

Beliau akui telah mengeluarkan komen buruk kepada pemain Paris Saint-Germain ketika mereka naik untuk mengambil pingat mereka, tetapi Neymar bertindak balas dengan ganas kepadanya.

Nelson telah bercakap kepada L’Equipe tentang apa yang berlaku sejak itu.

“Untuk menjawab semua orang yang menuduh saya mahu membuat wang dengan cerita ini. Saya tidak meminta satu sen. Jika saya benar-benar mahu memanfaatkan kejadian ini, saya akan memfailkan aduan tetapi saya tidak.

“Satu-satunya orang yang saya memutuskan untuk menyaman adalah kolumnis Pierre Menes untuk komen yang dibuatnya mengenai saya. Wang tidak akan memberi saya kebahagiaan. Apa yang boleh dilakukan untuk saya jika saya kehilangan kehormatan saya?” Katanya.

Beliau turut menceritakan apa telah berlaku selepas itu, terutamanya selepas komen yang dibuat oleh Pieerr Menes.

“Akibat komen Pierre Menes. Adakah dia tidak memahami tahap serius tentang apa yang dikatakannya? Media mengutuk tindak balas Neymar, bukan kata-kata dari saya, tapi hari ini saya hidup dalam gangguan dan ada juga yang cuba memberitahu saya bahawa saya membuat komen rasis.”

Nelson turut mengakui terdapat beberapa ancaman telah bertandang kerumahnya setelah kejadian itu ditumbuk pemain kelahiran Brazil tersebar.

“Orang ramai telah menyebarkan alamat saya di media sosial. Saya seorang yang suka mengembara, tetapi saya tidak meninggalkan rumah saya selama seminggu. Saya keluar, tetapi perlu berteman. Pada hari Khamis, empat orang berselisih dengan saya dan berkata, “sekali lagi kau sentuh Neymar, kau akan melihat apa yang akan kami lakukan kepada kau”.

Di akhir laporan L’Equipe, Nelson akui menyesal dengan apa yang beliau katakan.

“Sudah tentu saya menyesal apa yang saya katakan, tetapi mereka bukan provokasi.

“Saya penyokong, penyokong ketawa, penyokong tersengih, penyokong berseronok ; ia adalah bagaimana keadaan berlaku.

“Saya menyesali perkataan saya untuk [Marco] Verratti dan [Gianluigi] Buffon, tetapi Neymar tidak sepatutnya bertindak balas seperti itu. Dia seorang profesional dan dia biasa melakukannya.” katanya.

Di hujung perbincangan Nelson memberi harapan untuk bertemu Neymar bagi memohon maaf dan berjabat tangan.