Liga Super Malaysia

Kenyataan TMJ Berkenaan Persaraan Pemain Pemain JDT Dari Pasukan Kebangsaan.

13699980_652034978293138_2787300783860565039_n

Selepas kenyataan saya berkenaan kekecewaan saya terhadap organisasi skuad kebangsaan iaitu FAM dan FMLLP, kelab kami telah mengadakan mesyuarat untuk menyuarakan kebimbangan kami mengenai kelemahan didalam menjalankan tugas dan pentadbiran dalam FAM. Sejurus selepas mesyuarat rasmi kelab JDT tersebut, beberapa pemain telah datang berjumpa saya dan memberitahu hasrat mereka untuk bersara. Saya memberi pendapat saya bahawa apa juga keputusan yang mereka buat, saya akan menyokong keputusan mereka. Sebahagian daripada mereka meminta saya membantu mereka untuk mengumumkannya melalui laman rasmi JDT. Mereka tidak mahu mengumumkannya melalui media dan akaun media sosial mereka sendiri kerana terdapat ramai peminat bolasepak yang tidak bertanggungjawab sentiasa akan menyalahkan tindakan mereka. Saya bersetuju dan mengarahkan pegawai di kelab kami untuk mengendalikannya.

Sekarang, saya ingin menyuarakan pendapat jujur saya kepada peminat bolasepak di seluruh negara dan beberapa penyokong setia FAM. Untuk memahami keadaan ini, anda perlu menggunakan otak anda, walaupun kebanyakan anda tidak menyukainya. Adalah mudah untuk mengkritik tetapi anda perlu meletakkan diri anda di tempat mereka untuk memahami keputusan mereka. Pemain ini sayangkan negara mereka. Mewakili negara adalah penghormatan terbesar yang pernah mereka lalui dalam kerjaya mereka. Mereka bukan melakukannya kerana tidak suka kepada Malaysia. Mereka melakukan kerana mereka adalah manusia seperti anda dan saya. Mereka melakukan ini kerana mereka sudah letih dengan panggilan yang tidak sepatutnya dimana mereka perlu menghabiskan masa berbulan-bulan di kem latihan dengan latihan yang tidak mencukupi dan tidak memberi manfaat kepada pasukan kebangsaan.

1915737_593742547455715_583325537662873964_n

Mereka terpaksa bermain untuk sebuah organisasi yang tidak pernah mengendahkan hal ehwal kebajikan mereka dan tidak berbuat apa-apa apabila rakan-rakan mereka tidak menerima gaji dari kelab masing-masing. Mereka terpaksa bermain untuk seorang pemimpin yang tidak pernah menghadiri sebarang latihan atau pun mesyuarat. Mereka terpaksa bermain untuk seorang pemimpin yang tidak mengetahui nama mereka dan kewujudan mereka. Mereka terpaksa juga bermain untuk sebuah organisasi yang tidak ambil kisah apabila mereka mengalami kecederaan. Saya berdiri bersama pemain-pemain ini. Terdapat lebih ramai lagi pemain yang mahu mengambil tindakan yang sama seperti pemain JDT lakukan tetapi mereka terlalu takut dengan pengurusan mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan. Mudah bagi anda untuk memberi komen dan mengkritik. Tetapi jika anda berada di tempat mereka, saya rasa anda juga akan melakukan perkara yang sama. Mereka telah cuba pelbagai cara yang sepatutnya dan profesional yang mungkin untuk mengendalikan perkara-perkara ini seperti merujuk kepada PFAM, dan juga menyuarakan masalah mereka kepada jurulatih dan pegawai FAM. Tetapi seperti biasa, FAM lakukan apa yang biasa mereka lakukan iaitu mengabaikan mereka. Sama seperti bagaimana mereka mengabaikan kelab dan penyokong bola sepak di seluruh negara selama 30 tahun. Oleh itu nasihat saya kepada anda adalah, anda perlu ada berdiri bersama pemain, kelab dan organisasi dan permintaan perubahan dalam FAM. Sama ada mereka suka atau tidak, satu hari nanti mereka perlu berubah.

Seperkara terakhir, mereka sebelum ini menuduh saya membunuh bolasepak Malaysia. Jawapan saya kepada mereka adalah, “jika semua perubahan positif ini dianggap membunuh, saya akan terus membunuhnya”. Hari ini saya ketawa kerana sewaktu saya mengatakannya, mereka fikir saya bergurau. Walaubagaimanapun, satu dunia tahu saya tidak membunuh bolasepak Malaysia dan memberi pengiktirafan yang saya telah menaikkan nama bolasepak Malaysia dengan pencapaian JDT dan prasarana JDT serta saya boleh memberi jaminan kepada anda, bahawa saya akan melakukan apa sahaja untuk membunuh perbuatan rasuah dalam Persatuan Bolasepak Malaysia dan mereka-mereka yang terlibat. Malaysia memerlukan orang bolasepak dan jurulatih profesional dan bukannya ‘businessman’. Untuk FMLLP. Anda sepatutnya menjaga kepentingan kelab dan penyokong. Bukan kepada beberapa individu-individu tertentu yang membuat jutaan ringgit. Didedikasikan khas untuk Dato Noza dan Kevin Ramalingam.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Kredit: Johor Southern Tigers Facebook