Malaysia Berita

Liridon Krasniqi ‘hilang’ cetus tanda tanya MU

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkira-kira mahu mencari pengganti Liridon Krasniqi selepas tidak mengetahui status pemain itu yang menjalani rawatan kecederaan pahanya di Jerman.

“Malah, tiada tarikh sebenar kepulangannya meletakkan MUSA terpaksa menggunakan khidmat pemain sedia ada terutama anak tempatan di posisi tengah bagi skuad bimbingan jurulatih, Zainal Abdin Hassan,” kata Yusoff.

“Apapun jika kembali menjalani latihan sudah tentu dia perlu mengambil masa membentuk keserasian bersama rakan sepasukan. Berikutan itu, MU juga perlu mengambil masa panjang membentuk keserasian sebelum ia dapat diturunkan.

“Sehubungan itu, kami berkira-kira menggantikan pemain terbabit.”

Bekas pemain Kedah musim lalu telah terlepas enam perlawanan termasuk satu aksi Piala FA.