Fernando Morientes adalah seorang bekas pemain Liverpool, tetapi apa yang beliau akan katakan ini tidak mungkin akan diterima baik oleh peminat The Reds.
Morientes yang ditemubual pada Sidang Kemuncak Bolasepak Dunia di Asia (WFSA) tanpa berselindung telah memilih Barcelona untuk menewaskan Liverpool pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara, esok.
Kenyataan beliau sedikit berat sebelah kerana beliau adalah seorang duta kepada La Liga dan sudah tentu beliau akan memilih Barcelona untuk layak.
Tetapi sebagai seorang lagenda dan juga bekas pemain Real Madrid, beliau semestinya tahu apa yang diperlukan untuk memenangi piala berprestij itu.
“Ia akan menjadi salah satu perlawanan terbaik yang akan dimainkan oleh peminat bola sepak,” kata Morientes.
“Anda hanya melihat bakat menyerang yang ada di kedua-dua belah pihak.
“Salah, Firmino dan Mane di satu sisi lain Messi, Suarez, Coutinho dan Dembele.”
Biarpun sukar untuk membezakan kualiti yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan, tetapi beliau percaya Barcelona bakal menjuarai Liga Juara-Juara.
“Barcelona mempunyai musim yang hebat dan sebagai duta La Liga, saya mahu melihat mereka berjaya.
“Tetapi pada masa yang sama saya mempunyai perasaan hangat untuk Liverpool dari dua musim bersama mereka.
“Tetapi jika saya terpaksa memilih, saya akan katakan ia Barcelona.” katanya.