Malaysia Berita

Ejen tawar lima pemain berdarah kacukan

Jendela perpindahan pemain bagi Liga Malaysia (Liga-M) akan dibuka sekali lagi pada 2 Mei nanti dan jurulatih bukan satu-satunya individu yang mendapat tawaran daripada ejen.

Malah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut mendapat tawaran daripada ejen-ejen melalui aplikasi Sidang Kemuncak Bolasepak Dunia di Asia (WFSA) dan emel peribadi, di mana mereka mahu menjual pemain kacukan untuk pasukan kebangsaan.

Setiausaha Agung (FAM), Stuart Ramalingam ketika ditemubual pada WFSA, “ia bukan hanya jurulatih yang mendapat e-mel tetapi juga FAM dan saya. Kami mendapat e-mel setiap hari, “kata Stuart.

“Malah di sini (Pusat Konvensyen Sunway) di acara ini (WFSA) dan dari aplikasi, mereka (ejen) mahu menghubungi saya. Saya mengadakan pertemuan dengan ejen yang mendakwa dia mempunyai lima pemain kacukan yang bermain di luar Malaysia.

“Saya perlu melihat terlebih dahulu sama ada dia legit atau tidak dan dia seorang Inggeris.”

Beliau turut mengingatkan ahli gabungan FAM agar hanya berurusan dengan ejen yang mendaftar secara rasmi dengan badan kebangsaan.

“FAM telah menghantar pekeliling mengenai ejen tahun lepas dan kami mempunyai perantara tempatan untuk ejen yang didaftarkan di Malaysia,” katanya.

“Kami telah meminta pasukan untuk menyemak senarai di laman web FAM.

“Bagi mereka yang berurusan dengan ejen, saya menggesa anda untuk bekerja dalam senarai perantara. Jika perjanjian itu berlaku di luar, FAM tidak boleh membantu mereka.” Katanya.