Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia (WFSA) yang pertama di Asia, kongres antarabangsa industri bola sepak, di Kuala Lumpur menerima sambutan hangat daripada lebih 2,000 profesional industri bola sepak. Bertemakan ‘Di mana Industri Bola Sepak Asia Bertemu’, sidang kemuncak dua hari ini berjaya dimulakan dengan topik-topik perbincangan yang penting dan peluang-peluang perniagaan sebagai sebahagian daripada misinya untuk meningkatkan landskap serantau di Asia.
Bercakap pada sidang kemuncak ini, Mohan Rajaratnam, Ketua Pegawai Eksekutif (WFSA) berkata, “saya bangga mengatakan bahawa Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia di Asia telah mengukuhkan kedudukannya sebagai platform utama untuk menghimpunkan pemain industri bola sepak di Asia dan menjadikan Kuala Lumpur ibu kota perniagaan bola sepak selama dua hari.
Saya harus menyampaikan rasa terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua rakan kongsi kami, para penceramah dan delegasi yang turut hadir dari Malaysia dan seluruh dunia.
Kami yakin bahawa semua peserta akan mencapat apa yang mereka inginkan di sidang kemuncak pada hari ini, mendapat gambaran lebih lanjut terhadap industri dan menjalin rangkaian perhubungan, akhirnya mengukuhkan pembangunan bola sepak di Asia”
Jan Alessiem Pengarah WFSA menambah, “Kami amat gembira bahawa edisi pertama WFSA telah mencapai kejayaan. Pada masa ini, sidang kemuncak ini dipenuhi dengan peluang-peluang perniagaan yang berpotensi besar dan pertumbuhan ekonomi untuk Asia.
Adalah penting untuk kita menganjur dan menghadiri acara sedemikian di mana jenama dari Eropah boleh bertemu dan berhubung dengan jenama dari Asia. Hari ini, satu hubungan telah dijalinkan di antara kedua-dua pasaran gergasi ini dan kami perlu mengekalkan momentum ini.” Katanya
Sepanjang dialog ini diadakan, kebanyakan delegasi telah menyampaikan pengiktirafan kepentingan dan potensi industri bola sepak di Asia yang semakin meningkat dari segi eSport, penglibatan peminat, hak-hak audio-visual, bola sepak wanita, usaha-usaha anti cetak rompak, invasi teknologi dan banyak lagi.
Sidang kemuncak ini akan menghimpunkan para peserta antarabangsa dari lebih 60 buah negara yang berbeza