Liga Super Malaysia Berita

Felda United rindu kelibat Hadin Azman

Pengendali Felda United FC, Mohd Nidzam Jamil mengakui ketiadaan kapten pasukan, Hadin Azman dirasai oleh pasukan.

Tambah beliau lagi, ketiadaan pemain tengah terbabit nyata menjadikan bahagian tengah mereka longgar.

“Saya akui ketiadaan Hadin menyukarkan pasukan beraksi lebih baik terutama di bahagian tengah yang dapat disaksikan ketika kami seri 1-1 dengan Melaka United, kelmarin.

“Bukan sahaja sebagai kapten, malah dia (Hadin) berpengaruh dan menjadi contoh terbaik kepada pemain lain untuk membentuk pasukan lebih mantap.

“Sebab itu, kami terasa kehilangannya tetapi The Fighters tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada Hadin. Pemain yang menggantikan tempatnya perlu mempamerkan komitmen tinggi,” katanya.

Setakat ini, Hadin sudah menjaringkan empat gol, masing-masing tiga gol dalam Liga Super dan Piala FA (satu gol).