Liga Super Malaysia Berita

Peluang beraksi di laman sendiri beri kelebihan buat Pahang

Pasukan kendalian Dollah Salleh bertekad mahu mencabar kedudukan takhta Liga Super menjelang pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur malam esok.

Bagi pemain muda Pahang, Faisal Halim berharap agar perlawanan ini berpihak kepada mereka bagi mengelak daripada keciciran mata.

“Sebaiknya beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menerajui liga, malah mempertahankan pencapaian itu pada pusingan kedua liga nanti.

“Sebagai pasukan di tangga kedua, kami tidak boleh membiarkan JDT terlalu selesa di hadapan dan bagi mencapai misi itu kami perlu mencatatkan kemenangan.

“Kemenangan akan membantu Pahang melonjak ke tangga teratas liga sebagai motivasi kepada kami untuk bermain dengan lebih baik dan konsisten pada perlawanan akan datang,” katanya.