Luar Negara Berita

Salah mahu cara layanan terhadap wanita diubah

Raja bola sepak Mesir, Mohamed Salah meminta agar cara layan terhadap wanita dalam dunia Islam diubah, menurut majalah Time.

Beliau disenaraikan sebagai 100 tokoh paling berpengaruh dalam dunia tahun ini oleh majalah tersebut bersama-sama Tiger Woods, LeBron James dan Naomi Osaka.

Bintang berusia 26 tahun tersebut berharap agar lebih banyak perubahan dapat dilakukan.

“Saya fikir kami perlu mengubah cara kita melayan wanita dalam budaya kami,” kata Salah. “Ia bukan satu kemestian.”

Cara layanan wanita dalam budaya beliau dan di Timur Tengah telah mengubah persepi beliau terhadap isu jantina.

“Saya lebih menyokong wanita berbanding sebelum ini kerana saya fikir mereka berhak mendapat lebih lagi berbanding ketika ini,” kata Salah.

Salah menjadi pemain penting dalam mencipta sejarah baru buat Mesir apabila layak ke Piala Dunia tahun lalu sejak kali terakhir melakukan perkara tersebut pada 1990.

“Menjadi rakyat Mesir pertama mengalami situasi ini, sesuatu yang tidak pernah dilakukan orang lain, ia sesuatu yang berbeza,” katanya sambil menegaskan popularitinya itu tidak mengubah cara hidupnya.

“Saya hanya mahu menjalani gaya hidup yang normal. Kebanyakan masa saya berada di rumah, saya tidak suka keluar,” katanya.