Luar Negara Berita

Harga saham Juventus turun selepas tewas dengan Ajax

Juventus tewas mengejut ke atas sekumpulan anak muda Ajax Amsterdam pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara di halam sendiri.

Kekalahan ini bukan sahaja meninggalkan kesan kepada peminat dan para pemain, ia juga turut meninggalkan kesan ke atas harga saham kelab bola sepak Itali tersebut.

Nilai saham Juventus turun sebanyak 17.7 peratus kepada 1.39 euro selepas menjunam hampir 21 peratus sebaik saja dagangan bursa Milan bermula.

Untuk rekod, pada tahun lalu. Saham kelab gergasi Itali melonjak naik susulan daripada pembelian Ronaldo daripada Real Madrid.

Kekalahan ini juga menyaksikan harapan Ronaldo untuk merangkul kejuaraan keenam Liga Juara-Juara terkubur.