Eropah Berita

Messi tunjuk United jalan keluar

Lionel Messi menjaringkan dua gol untuk menewaskan Manchester United dalam kempen Liga Juara-Juara selepas membantu Barcelona mara ke separuh akhir dalam saingan suku akhir kedua, pagi tadi.

Barca menang secara agregat 4-0 dan bakal bertemu Porto atau Liverpool di pusingan seterusnya.

“Ini adalah persembahan paling menakjubkan, inilah persembahan kami sebenar,” kata Messi.

“Lima minit pertama kami agak perlahan dan gemuruh sedikit, kemudian kami berjaya menguasai permainan.”

Ole Gunnar Solskjaer terpaksa akur apabila tewas di halaman sendiri dan halaman lawan.

“Kami melakukan segala-galanya untuk ke sini tetapi kita boleh melihat perbezaan antara dua pasukan ini.

“Kami bermula baik dalam 15 minit pertama dan mampu mendapat rentak tetapi mereka menjaringkan dua gol,” kata Solskjaer.

“Pada peringkat ini kamu tidak boleh keciciran dan tidak boleh melakukan kesilapan. Kami tidak memanfaatkan peluang besar yang kami ada,  kemudian mereka menyumbat dua gol dan ia sudah berakhir.”