Futsal Berita

MUSA ajar murid main futsal

Pemain bola sepak wanita Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) menganjurkan latihan futsal kepada seramai 27 murid Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah pertama kali dijalankan dan bertujuan untuk mendekatkan hubungan diantara para pemain dan masyarakat.

Pengerusi Tabika KEMAS Kampung Permatang, Abdullah Md Derus, menyatakan bahawa program latihan futsal diadakan selama dua minggu dan membabitkan kana-kanak berusia empat hingga enam tahun.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) julung kali diadakan itu bertujuan mendekatkan hubungan masyarakat dengan pemain bola sepak wanita Melaka yang akan menyertai kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah di Pahang, pada 20 April ini.

Memetik kata-kata beliau di Berita Haria, “kami mengalu-alukan sebarang penganjuran pelbagai aktiviti daripada mana-mana agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Tabika serta di kampung ini.

“Program terbaharu ini adalah sebahagian acara bersama dianjurkan Tabika KEMAS selepas aktiviti pameran kesihatan dan pameran agensi dadah sebelum ini,” katanya pada penutupan Program CSR Latihan Futsal di Tabika KEMAS Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, hari ini.

Pasukan bola sepak wanita MUSA bakal menyertai kejohanan Piala Tun Sharifah Rodziah di Pahang, pada 20 April nanti.