Luar Negara Berita

Liverpool mudah benam Chelsea

Jaringan daripada kedua-dua pemain – Sadio Mane dan Mohamed Salah – sudah cukup untuk menewaskan Chelsea pada malam pemburuan takhta liga oleh Liverpool di Anfield, sebentar tadi.

Kemenangan ini menyaksikan pasukan Jurgen Klopp menduduki tangga pertama Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 85 mata selepas 34 perlawanan.

Manakala ditempat kedua, Manchester City dengan perbezaan dua mata berjaya menewaskan Crystal Palace 3-2 di tempat sendiri sambil mempunyai satu lagi baki perlawanan di dalam tangan.

Pep Guardiola mengakui baki perlawanan Liga Perdana Inggeris perlu dimenenangi untuk terus mengasak Liverpool dipuncak takhta liga.

Gol pasukan The Reds hadir pada minit ke-51 apabila bola umpanan Jordan Henderson berjaya disempurnakan oleh Mane.

Selang dua minit, Anfield bergegar sekali lagi apabila penyerang berbisa mereka, Salah meledak gol jarak jauh yang cantik.

Pelawat cuba bangkit daripada ketinggalakan dengan dua gol, tetapi terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Liverpool.