Luar Negara Berita

City perlu menang semua perlawanan

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui bahawa pasukannya perlu menang kesemua baki perlawanan Liga Perdana Inggeris jika mahu menjulang gelaran musim ini.

Selepas pasukan beliau melakar kemenangan 3-1 terhadap Crystal Palace, manakala Liverpool menang mudah ke atas Chelsea.

Bekas pengendali Barcelona dan Bayern Munich mengakui tiada jalan lain jika mahu memenangi takhta liga.

“Kami fikir Liverpool berupaya memenangi kesemua baki perlawanan mereka,” kata Guardiola. “Di Liga Perdana, posisi kami berada di tangan kami dan kami perlu menang semua baki perlawanan.

“Tiada peluang lain jika kami mahu memenangi gelaran berturut-turut.”

Pada perlawanan di Selhurst Park itu, Raheem Sterling menjadi wira City apabila meledak dua gol dengan gol ketiga dijaringkan penyerang gantian, Gabriel Jesus pada minit ke-90.