Luar Negara Berita

United bernasib baik untuk menang

Manchester United bernasib baik untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas West Ham malam tadi, kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

United tumpas empat daripada lima aksi terakhir mereka dan bakal berdepan cabaran hebat untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Solskjaer turut mengakui West Ham beraksi lebih baik berbanding United yang bernasib baik untuk menang.

“Mereka beraksi lebih baik daripada kami, itu adalah kebenarannya, saya tidak fikir semua akan bersetuju,” kata Solskjaer.

(Photo by Gareth Copley/Getty Images)

“Kadang kala kami tewas ketika sepatutnya kami menang, jadi sepanjang musim keputusan ini akan berlaku.”

Pengurus daripada Norway turut melakukan rombakan ke atas pasukan.

“Beraksi Khamis lalu, dan hari ini dan kemudiannya pada Rabu ini sememangnya menjadi faktor utama,”katanya.

“Kami berjaya memungut tiga mata, dalam tempoh beberapa tahun lagi tidak sesiapapun akan mengingati aksi buruk ini sekiranya kami berupaya menamatkan liga dalam kelompok empat terbaik.”

Kemenangan itu melonjak United ke kedudukan kelima di atas Arsenal yang kekurangan satu aksi dengan Chelsea berkelebihan dua mata di kedudukan keempat.