Luar Negara Berita

Sacho diangkat wira Dortmund

Dua jaringan daripada Jadon Sancho telah melengkapkan kemenangan mudah ke atas Mainz 05, 2-1 awal pagi tadi sekali gus meletakkan Barussio Dortmund kembali ke carta teratas Bundesliga.

Dortmund mengumpul 66 mata dikedudukan pertama tetapi Bayern mampu untuk kembali memintas jika menang ke atas Fortuna Duesseldorf malam ini.

“Roman Buerki menyelamatkan tiga mata kami malam ini,” kata kapten Dortmund, Marco Reus, merujuk ketangkasan penjaga gol itu menyelamatkan cubaan berganda lawan.

DORTMUND, GERMANY – APRIL 13: Roman Buerki of Borussia Dortmund in action during the Bundesliga match between Borussia Dortmund and 1. FSV Mainz 05 at the Signal Iduna Park on April 13, 2019 in Dortmund, Germany. (Photo by Alexandre Simoes/Borussia Dortmund/Getty Images)

“Aksi babak pertama sangat bagus tetapi pada kedua sangat menakutkan. Kami langsung tiada peluang menjaringkan gol, kami memang tidak puas hati dengan situasi ini. Kita memberi peluang Mainz mengawal kita. Jika kamu mahu muncul juara, kamu mesti beraksi melebihi kemampuan sebenar kamu.”

Dortmund sebelum ini dibelasah 5-0 oleh Bayern sebelum bangkit kembali untuk menang ke atas Mainz 05.