Kemenangan Sevilla ke atas Real Betis, 3-2 awal pagi tadi mencerahkan peluang mereka untuk kembali ke Liga Juara-Juara apabila berjaya mendaki ke tangga keempat La Liga.
Tandukan Munir El Haddadi pada minit 26 memberi kedudukan selesan sebelum penyerang antarabangsa Argentina, Giovani Lo Celso menyamakan kedudukan pada minit ke-55.
Sevilla kembali di depan menerusi Pabli Sarabia pada minit ke 59 sebelum Franco Vazquez meledak gol kemenangan.
Kemenangan ini meletakkan Sevilla di tangga keempat dengan 52 mata beza dua mata di atas Getafe.