Di dalam bilik persalinan akademi Manchester United mengandungi gambar lima kali pemenang Ballon d’Or, Lionel Messi membersihkan kasutnya sendiri – dan ia adalah mesej kepada bintang untuk hari esok.
The Times, Henry Winter melaporkan bahawa imej Messi membersihkan kasutnya selepas menentang Croatia di Upton Park pada 2016 dipaparkan di dinding bilik persalinan pemain.
Ia berfungsi sebagai peringatan kepada anak muda untuk terus membina jati diri sebagai manusia sebelum melangkah menjadi pemain terbaik.
Jika pemain terbaik dunia dengan pelbagai rekod telah dihasilkan oleh beliau masih membersihkan kasutnya sendiri, ia adalah mesej jelas bahawa setiap pemain muda seharusnya mempunyai mentaliti yang sama.
Laporan yang sama turut menyebut pemain skuad senior United, Scott McTominay yang telah menjadi antara pemain penting buat United. Beliau dilaporkan sering meletakkan kereta beliau di tempat letak kereta akademi dan bukannya di tempat letak kereta yang disediakan untuk pemain skuad senior United.
“Scott McTominay masih meninggalkan keretanya di Carrington, bukannya di tempat letak kereta skuad utama dan Paul Pogba sering hadir ke akademi untuk bersalaman dengan jurulatih akademi [yang pernah membimbing Pogba]. Mereka [McTominay dan Pogba] memahami dedikasi dan kerendahan hati yang diperlukan untuk menjadikan [mereka pemain penting] di Manchester United. ”
Nice line about Scott McTominay still using the academy car park. A really insightful piece. https://t.co/0t9sHsWajX
— Kenny Millar (@Kenny_Millar) April 7, 2018
Michael Carrick turut memuji McTominay sebagai penggantinya di bahagian tengah United, bercakap tentang bagaimana beliau menjaga dirinya.
“Dia lakukan pekerjaannya, dia masuk, dia lakukan latihan tambahan. Dia terdesak untuk melakukannya dengan baik dan dia sentiasa mencari perkara kecil untuk bertambah baik.
“Semua kemewahan dan populariti yang mengelilingi pemain muda pada hari ini, dia tidak begitu berminat dengannya, ia adalah sikap yang hebat terutama pada peringkat awal kerjayanya.”