Luar Negara Berita

Pogba dikhabarkan mahu cabaran baharu

Real Madrid gagal memenuhi keinginan mereka pada musim panas 2016 setelah gagal mendapatkan Paul Pogba yang menyaksikan pemain itu memilih Manchester United untuk €114 juta.

Masa telah berlalu tetapi apa yang tidak berubah adalah keinginan untuk melihat pemain ini menyarung jersi Real Madrid.

Ia jelas disebut oleh Zinedine Zidane pada sidang akhbar yang lalu, di mana tanpa berselindung beliau mengakui mempunyai keinginan untuk melihat Pogba berada di Santiago Bernabeu musim depan.

Kesedian Zidane membawa masuk juara Piala Dunia tahun lalu adalah disebabkan faktor bahawa pemain itu mahukan cabaran baru di Real Madrid.

Selain daripada itu, Mino Raiola, ejen Pogba telah memaklumkan bahawa Real Madrid bersedia membida dengan harga yang tinggi disamping kesedian mereka membawa masuk beberapa pemain ternama untuk bergandingan dengan Pogba.

Terdapat beberapa kenyataan media Sepanyol yang menyatakan bahawa telah wujud perbincangan diantara kedua-dua pihak dan pihak Real percaya bahawa perjanjian untuk membawa masuk Pogba tidak akan mudah dan murah.

Walaupun harga yang bakal diletakkan United ke atas Pogba tinggi, Zidane percaya bahawa segala kualiti yang Pogba ada mampu untuk menutup segala kelemahan yang dialami mereka musim ini.

Januari lalu, pengurusan United dilapor telah menawarkan Pogba kontrak baru, tetapi ditolak oleh pemain tersebut.