Malaysia Berita

Kenyataan Rasmi – iflix berkerjasama dengan Football-Tribe Malaysia

Liga Malaysia 2019 (Liga M) bakal dihangatkan lagi dengan kerjasama di antara iflix dan Football-Tribe Malaysia. iflix adalah syarikat perkhidmatan media hiburan terkemuka di Asia Tenggara yang terdapat di lebih 22 negara.

iflix mendapat hak ekslusif bagi penyiaran bola sepak tempatan secara atas talian bagi perlawanan Liga M untuk tempoh 10 tahun dengan usaha Liga Bola Sepak Malaysia sejak Januari 2018. Sejak daripada itu, iflix telah menyiarkan perlawan-perlawanan seperti Piala Sumbangsih, Liga Super, Shopee Piala FA, Challenge Cup edisi pertama, dan Piala Malaysia, berserta lebih 800 episod siaran ulangan, sorotan perlawanan dan kandungan pendek iflix Originals, di saluran Football Malaysia on iflix.

Kerjasama antara iflix dan Football-Tribe Malaysia akan membolehkan peminat bola sepak menikmati semua aksi bola sepak secara langsung di Football Malaysia on iflix secara percuma di https://football-tribe.com/malaysia/fmoniflix/

Ash Raman, CEO Football-Tribe Malaysia dalam satu kenyataan menyatakan bahawa kerjasama ini bukan sahaja bakal menghangatkan lagi Liga M tetapi ianya adalah petanda bahawa iflix dan Football-Tribe Malaysia bersedia membantu dan memberi sokongan terhadap bola sepak tempatan.

Mengulas lanjut kerjasama di antara iflix dan Football-Tribe Malaysia, Ash Raman berkata, “kesungguhan iflix dalam meningkatkan mutu penyiaran bola sepak tempatan telah membuktikan bahawa mereka bersungguh dalam melihat bola sepak negara ini berkembang.”

iflix Chief Marketing Officer, Jason Monteiro ketika mengulas lanjut kerjasama antara kedua-dua pihak berkata, “iflix terus mengutamakan peminat bola sepak terlebih dahulu dan kami mengekalkan komitmen kami untuk menjadikan Football Malaysia on iflix senang didapati  di mana jua anda berada. Kami teruja untuk berkongsi teknologi secara langsung bersama-sama dengan Football-Tribe Malaysia bagi menawarkan para peminat satu platform, akses percuma untuk menonton aksi MFL, termasuk perlawanan secara langsung,”

Ash Raman dalam kenyataannya turut mengajak peminat bola sepak tempatan untuk menggunakan platform Football-Tribe Malaysia bagi menyaksikan kesemua perlawanan Liga M untuk percuma.

“Melalui platform Football-Tribe Malaysia, penyokong bola sepak tempatan boleh merasai pengalaman yang berbeza dalam merasai kehangatan Liga M.

“Penyokong bola sepak tempatan juga mempunyai akses langsung untuk menyaksikan perlawanan Liga Malaysia serta dapat menyaksikan sorotan perlawanan.” Katanya.

Dalam masa yang sama, kerjasama di antara iflix dan Football-Tribe Malaysia bakal membuka lembaran baru dalam usaha untuk membangunkan bola sepak tempatan.

TENTANG IFLIX

iflix adalah peneraju penyedia khidmat hiburan bagi pasaran membangun dengan pelbagai pilihan rancangan TV, filem-filem, siri terbitan tempatan Originals, siaran premium sukan secara langsung serta sumber berita lengkap dari serata dunia, untuk distrim atau dimuat turun di peranti dengan sambungan internet…pada bila-bila masa, dimana sahaja.

Direka khas untuk lebih satu billion pengguna untuk pasaran membangun, iflix kini menawarkan dua pengalaman menarik melalui iflixFREE dan iflixVIP.

iflix kini boleh diakses untuk pengguna-pengguna di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Brunei, Sri Lanka, Pakistan, Myanmar, Vietnam, Maldives, Kuwait, Bahrain, Arab Saudi, Jordan, Iraq, Lubnan, Mesir, Sudan, Kemboja, Nepal, Bangladesh dan Morocco.

Maklumat lanjut di https://blog.iflix.com.

TENTANGI FOOTBALL-TRIBE MALAYSIA

Football-Tribe Malaysia adalah salah satu laman web sukan utama Malaysia, yang dikenali dengan analisis, laporan dan kandungan inovatif.

Football-Tribe hadir di 11 buah negara, termasuk Jepun, Thailand, Vietnam, Indonesia, Korea Selatan, Mongolia, India, Arab Saudi, Malaysia, Iran dan United Kingdom.

Untuk lebih lanjut, lawati http://www.football-tribe.com