Luar Negara Berita

UEFA digesa bertindak ke atas sepanduk anti-LGBT

Orang ramai meminta UEFA mengenakan hukuman ke atas Poland FA berikutan beberapa siri anti-LGBT pada perlawanan peringkat domestik minggu lalu.

Rangkaian Fare, sebuah organisasi yang ditubuhkan di seluruh Eropah bagi menangani isu diskriminasi juga mengkritik isu ini sejak beberapa minggu yang lalu.

Manakala, Pride in Football, persekutuan penyokong LGBT + UK, dan kumpulan peminat LGBT England + Three Lions Pride telah menulis surat terbuka kepada badan induk bola sepak Eropah tersebut.

Dalam surat itu, mereka meminta pihak berkuasa bola sepak untuk mengambil pendirian tegas menentang diskriminasi, dan mencadangkan satu tindakan yang perlu dipertimbangkan iaitu pembatalan Poland daripada kejohanan Eropah.

“Kami sangat prihatin dengan sepanduk anti-LGBT di perlawanan peringkat domestik di poland serta sikap homofobia kelab-kelab di Poland,” kata surat itu.

“Peminat LGBT + (dan semua penyokong termasuk mereka dari komuniti minoriti) harus berasa selamat apabila datang menonton pasukan mereka di mana sahaja mereka bermain.

Mengulas lanjut permintaan mereka supaya Poland dibatalkan penyertaan daripada kejohanan Eropah.

“Sebagai peminat, kami faham ini akan menjejaskan penyokong dan pemain kedua-dua negara kerana dihukum dengan tingkah laku orang lain, tetapi ia berada dalam kuasa FA Poland untuk memastikan tindakan segera diambil. “