Luar Negara Berita

Tiga gol Sterling cukup untuk membenam Republik Czech

Raheem Sterling menjaringkan hatrik pertamanya untuk England ketika mereka mencatat kemenangan 5-0 ke atas Republik Czech di Wembley, pagi tadi.

Vladimir Darida mencatatkan peluang pertama dengan rembatan yang mengancam pintu gol England sebelum pasukan Three Lions membalas dengan serangan pantas.

Jadon Sancho menandakan permulaan pertamanya untuk England dengan membantu Sterling mencetak gol pada minit ke 24, sebelum Harry Kane menggandakan kedudukan mereka dengan jaringan penalti.

Sterling kemudian memperoleh gol kedua selepas sejam permainan dan seterusnya menjaringkan gol ketiga untuk melengkap hatrik beliau serta memberi England kedudukan yang selesa dengan memimpin Kumpulan C.