Malaysia Berita

Saya Sedia Undur Diri – Datuk Hamidin Mohd Amin

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mensasarkan untuk layak ke Piala Asia 2023 dan sedia untuk melepaskan jawatan beliau sekiranya skuad kebangsaan gagal berbuat demikian.

Bagi beliau untuk melihat skuad negara beraksi ditempat tertinggi adalah menjadi impian beliau selaku Presiden FAM dan beliau juga tidak menafikan mahu melihat skuad kebangsaan berada di kelompok 16 terbaik di Asia.

Bercakap kepada Berita Harian, “sebagai presiden saya sentiasa ingin lihat pasukan mara sejauh mungkin dan mahu kita muncul antara kelompok 16 pasukan terbaik di Asia.

“Bukan saya takut untuk letak sasaran dan kita sasarkan skuad Datuk Ong Kim Swee (Bawah 23 tahun) layak ke Piala Asia selepas ini kerana pasukan inilah mewarisi skuad senior sekarang.

“Saya tidak pernah ada rasa takut untuk ambil tanggungjawab ini. Saya tahu bila patut saya undur diri (jika gagal),” katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau juga percaya jurulatih Bawah 23 (B-23) negara, Ong Kim Swee mampu untuk melakukan perkara itu apabila pernah muncul sebagai lapan pasukan terbaik Asia di peringkat bawa umur, B-23 di China tahun lalu.

“Saya buat semua ini untuk negara. Keputusan untuk memecat jurulatih juga bukan jawapannya (kegagalan). Sebaliknya kita perlu lihat semula apa yang masih kurang,” katanya kepada Berita Harian.