Malaysia Berita

FAM Tidak Terkesan Dengan Penamatakan Kontrak MFL, Telekom

Jumaat lalu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah menamatkan kontrak dengan penaja rasmi, Telekom Malaysia (TM) yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 29 Januari tahun lalu untuk tempoh sembilan tahun.

Akibat daripada penamatan kontrak TM sebagai penaja rasmi, persoalan yang timbul sekarang adakah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut terjejas akibat keretakan hubungan kedua-dua pihak?

Bercakap kepada Berita Harian, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan bahawa FAM tidak mengalami sebarang masalah akibat penamatan kontrak yang kedua-dua pihak ini malah penajaan daripada syarikat telekomunikasi itu akan terus berjalan sehingga penghujung tahun 2020.

“FAM memang sudah lama dengan T M jadi setakat ini, penajaan terus berkekalan sehingga tahun 2020,” katanya ringkas pada sidang media.

MFL sebelum ini telah mengadakan satu mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah bagi membincangkan kontrak penajaan bersama TM.

Menerusi mesyuarat berkenaan, semua Ahli Lembaga Pengarah mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontrak penajaan bersama Telekom Malaysia (TM).