Luar Negara Berita

Laporan Penuh Analisis Jose Mourinho Ke Atas Barcelona Pasti Buat Anda Terkejut

José Mourinho dan André Villas-Boas tidak membelanjakan banyak wang dalam persiapan mereka untuk bertemu Barcelona pada musim 2005/06.

Terbaru, sebuah laporan Performance Analysis in Action telah menggariskan apa yang dilakukan oleh dua pengurus kelahiran Portugal dalam analisis mereka terhadap pasukan gergasi Sepanyol.

Berikut adalah analisis yang dilakukan oleh kedua-dua pengurus tersebut :

Pandangan Mourinho dan Villas-Boas terhadap Carles Puyol: “Agresif tetapi sangat emosi. Selalu memarahi pengadil jika terdapat kesalahan terhadapnya dan sering kali membuat provokasi. Pertahanan yang agresif. Bermain dengan menggunakan badannya.”

Credit – Performance Analysis in Action

 

Credit – Performance Analysis in Action

Pandangan Mourinho dan Villas-Boas terhadap Andrés Iniesta: “Sentiasa datang dari bangku simpanan. Pemain yang sangat dinamik. Radius tindakan yang hebat, kelajuan dalam pergerakan dan kelajuan dalam melaksanakan misi.”

Pandangan Mourinho dan Villas-Boas terhadap Ronaldinho: “Mempunyai kualiti teknikal untuk melepaskan diri dari pertahanan pada sentuhan pertama. Apabila menerima bola dan dia akan lancarkan serangan penuh 1 vs 1 (masuk ke dalam untuk menjaringkan gol atau bermain di luar kotak untuk membuat hantaran).”

Credit – Performance Analysis in Action

 

Credit – Performance Analysis in Action

Bekas pengurus Manchester United dan Real Madrid sedar akan ancaman yang bakal dihadapi mereka jika memberi terlalu banyak ruang kepada Lionel Messi yang telah memecah masuk ke pasukan senior Barcelona pada 2004.

Pandangan Mourinho dan Villas-Boas terhadap Messi: “Kualiti + kelajuan, tetapi sangat laju. Tingkah laku yang sama seperti Ronaldinho. Masuk ke dalam antara garis. Menggalakkan pasukan untuk menyerang. Menakjubkan apabila 1 vs 1. Jika tiada pilihan, perlu untuk menjatuhkannya, penting untuk melakukannya di luar kotak dan seawal mungkin. [Telah] pulih dari kecederaan baru-baru ini. ”