Eropah Berita

Messi Bawa Barcelona Di Suku Akhir

Lionel Messi membantu Barcelona menewaskan Lyon 5-1 di laman sendiri sekaligus menempah tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Messi yang menyumbang dua gol dan dua bantuan gol telah meletakkan Barcelona dikedudukan yang selesa di tempat suku akhir selepas seteru Cristiano Ronaldo meledakkan hatrik semalam.

Tuan rumah mendahului pada minit ke-17 melalui sepakan penalti yang disudahkan oleh Messi dan selang beberapa minit untuk gol daripada Philippe Coutinho untuk meletakkan mereka selesa di hadapan.

(Photo by Baptiste Fernandez/Icon Sport via Getty Images)

Lyon cuba bangkit melalui vollet Lucas Tousart pada babak kedua tetapi digagalkan sekali lagi oleh Messi yang menyumbang gol kedua sebelum mencipta peluang kepada Gerrad Pique dan Ousmane Dembele untuk gol keempat dan kelima.

Messi kini sudah mengumpul 108 gol dalam kempen Liga Juara-Juara manakala Ronaldo memiliki 124 gol.