Pahang berjaya mencatat kemenangan tipis setelah pertahan Kedah, Khairul Helmi Johari menjaringkan gol sendiri pada minit ke 87 di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.
Anak buah Dollah Salleh walaubagaimanapun gagal memanfaatkan peluang awal apabila sepakan penallti yang dimiliki mereka selepas tendangan Norshahrul Idlan Talaha ditampan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal pada minit ke
Kedah hampir menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke 34 apabila lorongan sepakan percuma daripada Badroll menemui Bauman sebelum beliau membuat hantaran pendek menemui Zaquan Adha yang rembatannya tersasar.
Pada separuh masa kedua, Pahang berjaya mencari gol pendahuluan tetapi dibatalkan oleh pengadil selepas Muhammad Sumareh didapati menolak pemain pertahanan kedah.
Pahang mengasak beberapa kali melalui penyerang mereka tiga serangkai, Muhammad Sumareh, Nwakaeme dan Norshahrul.
Manakala Kedah dilihat gagal menggunakan kelebihan mereka apabila sepakan penjuru yang menemui penyerang mereka gagal dimanfaatkan.
Kedah merekodkan kekalahan pertama di tangan Pahang setelah mencatat tiga kemenangan dan dua keputusan seri manakala Pahang mencatat empat kemenangan dan dua keputusan seri.
Kemenangan ini menyaksikan Pahang memintas Kedah dan Johor Darul Ta’zim untuk berada selesa di tangga pertama Liga Super.