Luar Negara Berita

Emery Yakin Arsenal Mampu Bangkit

Biarpun tewas mengejut ditangan Rennes, pengurus Arsenal, Unai Emery yakin bahawa anak buahnya mampu bangkit daripada kekalahan mengejut 1-3 di Perancis pada aksi pertama, pusingan 16 Liga Europa.

Gunners terpaksa menerima kekalahan perit ini selepas beraksi dengan hanya 10 pemain selepas Sokratis Papastathopoulos dibuang pada pada penghujung babak pertama.

Biarpun Alex Iwobi berjaya meletakkan Arsenal di hadapan, tetapi pasukan lawan berjaya menggunakan kelebihan beraksi dengan 11 pemain untuk meraih kelebihan dua gol.

(Photo by Baptiste Fernandez/Icon Sport via Getty Images)

Arsenal perlu bangkit daripada kekalahan ini jika mahu layak ke peringkat suku akhir dengan perlawanan timbal balik dijadualkan Khamis depan.

“Tempoh 40 minit pertama saya fikir kami menguasainya, kami menjaringkan gol dan kami tidak memberikan banyak peluang kepada mereka,” kata Emery, yang mengakui pasukannya tidak beraksi baik selepas Sokratis dibuang padang.

Beliau turut merasa yakin bahawa anak buahnya mampu bangkit daripada kekalahan tersebut.

“Kami perlu meningkatkan persembahan dan saya yakin kami boleh dengan pemain serta sokongan peminat mampu memberikan kami suasana perlawanan besar.”

(Photo by David Price/Arsenal FC via Getty Images)

Pada perkembangan yang lain, Arsenal bakal berdepan Manchester United pada awal pagi Isnin ini dengan kedua-dua pasukan sedang dalam perebutan tempat kelompok empat terbaik.

“Kami mencari pemain cergas dan tenaga berbeza bagi setiap perlawanan dan bagi Ahad ini saya fikir ia tetap sama,” kata Emery, pasukannya di tangga kelima Liga Perdana, satu mata di belakang United di tangga keempat.

“Setiap pemain bekerja keras dan kami tidak sabar menanti perlawanan seterusnya, tapi saya tahu dan positif bagi aksi Ahad ini, bahawa dengan pemain cergas serta bertenaga, dengan kualiti, kami mempunyai kemungkinan untuk beraksi dengan cemerlang menentang Manchester United dan mengalahkan mereka.”