Luar Negara Berita

Bale Jadi Mangsa Ejekan Penonton

Penyerang kebangsaan Wales, Gareth Bale menjadi mangsa ejeken penyokong Real Madrid setelah pasukan itu tewas 0-1 ke atas Barcelona pada kempen La Liga.

Ejen beliau tampil mempertahankan pemain sayap Madrid tersebut dan melabelkan penyokong Madrid sebagai ‘memalukan’.

Beliau yang banyak memanaskan bangku simpanan musim ini menjadi bahan ejeken penyokong selepas beliau gagal beraksi secara konsisten.

Real tewas dua kali dalam masa empat hari dengan Barcelona, di mana pada perlawanan pertama mereka disingkir keluar daripada Copa del Rey dengan jaringan 3-0 dan terbaru adalah pada awal pagi Ahad lalu dengan jaringan tunggal daripada Ivan Rakitic.

(Photo by David S. Bustamante/Soccrates/Getty Images)

“Generasi penyokong Real ini akan bercakap mengenai gol Gareth untuk bertahun akan datang. Secara jujur mereka sepatutnya berasa malu kepada diri sendiri,” kata ejen Bale, Jonathan Barnett kepada Sky Sports News.

“Gareth berhak mendapat penghormatan terhebat. Cara penyokong Real memberi layakan kepada Gareth sesuatu yang memalukan.

“Selama enam tahun dia berada di Sepanyol, dia sudah menang semuanya. Dia seorang daripada pemain terbaik dunia. Penyokong patut menghormatinya.”