Liga Super Malaysia

Lukaku Berang Dengan Pogba

Romelu Lukaku dikhabarkan tidak berpuas hati dengan sikap rakan sepasukannya, Paul Pogba selepas pemain tengah itu dikhabarkan menidakkan peluang Lukaku untuk menjaringkan hatrik.

Perbalahan itu berlaku dibilik persalinan sejurus selepas perlawanan dan menyaksikan campur tangan Ole Gunner Solksjaer untuk menenangkan kedua-dua pemain.

Lukaku telah menjaringkan dua gol pada pertemuan dengan Saits minggu lalu yang menyaksikan United bangkit daripada ketinggalan. Beliau dikatakan mahu melengkapkan jaringan hatrik apabila United mendapat penalti, tetapi dihalang oleh Pogba.

Sumber United berkata ; “Ia adalah perbualan yang hangat dan Romelu dilihat tidak gembira dengan apa yang dibuat Pogba. Dia turut mengingatkan Paul bagaimana dia membantunya sewaktu Paul dipinggirkan Mourinho. Ia memerlukan Ole untuk menenangkan situasi terbabit.

“Pogba dan Lukaku diketahui umum atas hubungan rapat mereka, dengan bintang Perancis itu juga memainkan peranan penting dalam meyakinkan United untuk mendapatkan penyerang Belgium itu dari Everton.”