Terengganu FC (TFC) bakal berdepan Selangor pada aksi Liga Super nanti di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Bagi penolong pengurus TFC, Zulfadli Rozi, beliau mahu para pemainnya menunjukkan watak kesungguhan bagi mendapatkan tiga mata penuh.
“Kami harap perlawanan terakhir pada Ramadan ini memberi keceriaan buat pasukan ketika berdepan Selangor malam esok,” katanya
“Pemain perlu membuktikan kemampuan di atas padang bertemu The Red Giants dan mengambil peluang beraksi di laman sendiri lebih-lebih lagi pungutan mata amat bernilai buat kami.
“Pemain perlu berusaha lebih keras dan bermain sebagai satu pasukan serta mengikut perancangan sudah diatur barisan jurulatih bagi memburu kemenangan,” kata Zulfadli.
TFC sebelum ini mencatat kekalahan pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, dengan bekas pemain skuad Penyu, Mohd Faiz Nasir muncul watak pemusnah dengan jaringan tunggal beliau.