Berita Asian Cup

Qatar Tundukan Tuan Rumah UAE

Qatar bakal bertemu Jepun di pentas akhir Piala Asia 2019 selepas anak buah Felix Sanchez berjaya menundukkan negara tuan rumah Emiriah Arab Bersatu (UAE), 4-0 di Stadium Mohammed Bin Zayed.

Perlawanan bermula menarik seawal minit pertama – yang menyaksikan Boualem Khoukhi memecahkan kebuntuan dan gol Almoez Ali menjaringkan gol kelapan sepanjang perlawanan – meletakkan kemenangan bergaya dengan serangan lewat dari Hassan Al Haydos dan Hamid Ismaeil bagi membawa Qatar ke pentas akhir Piala Asia.

Kemenangan Qatar menyaksikan mereka melangkah ke perlawanan akhir Piala Asia buat kali pertama dan meninggalkan UAE yang gagal menyamakan rekod 1996 mereka.

Permainan berhati-hati ditampilkan oleh kedua-dua pasukan sebelum Qatar membuka jaringan melalui Salem Al Hajri yang menewaskan penjaga gol UAE, Khalid Eisa pada minit ke 14 dan mereka terus menggandakan jaringan pada minit ke-38 melalui Almoez Ali.

Selepas pemain UAE, Ismail Ahmed dilayangkan kad merah, pemain gantian, Ismaeil menjaringkan gol terakhir untuk mengesahkan Qatar pada perlawanan akhir.