Berita Asian Cup

Arnold Percaya Milos Degenek Akan Bangkit Kembali

Jurulatih Australia, Graham Arnold menjangkakan Milos Degenek akan bangkit kembali daripada kekecewaan selepas tewas ke atas United Arab Emirates (UAE) 1-0 yang memusnahkan impian Socceroos untuk mempertahankan gelaran Piala Asia.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Al Jazira pada mini ke 68 untuk membawa UAE ke peringkat separuh akhir bertemu Qatar, Selasa ini.

“Saya telah mengendali pasukan ini untuk lapan perlawanan dan telah mengubah gaya dan jika anda lihat malam ini ada empat pemain yang bermain di Piala Dunia,” kata Arnold.

“Milos tidak dapat bermain di Piala Dunia, tetapi dia telah meningkat di kejohanan ini dan melakukan yang hebat. Jelas dia kecewa pada masa ini tetapi saya akan memastikan dia okay.

“Dia seorang anak yang hebat, seorang profesional yang hebat dan dia mempunyai masa depan yang panjang dengan pasukan kebangsaan Australia.”

Kekalahan ini bermakna Australia buat pertama kali tidak berjaya untuk berada di pentas final Piala Asia sejak membuat penampilan sulung mereka pada edisi 2007.

Pada perlawanan menentang UAE, Australia menguasai 64 peratus perlawanan dan berkhemah hampir separuh di kawasan tuan rumah. Tetapi nasib tidak selalu bersama mereka, pertahanan UAE sentiasa tegas dan fokus dalam bertahan.

“Bola sepak boleh menjadi sukan yang kejam,” kata Arnold. “Ia mungkin satu-satunya sukan di dunia di mana anda boleh mengawal permainan, anda boleh memiliki lebih banyak bola dan mempunyai lebih banyak peluang untuk gol dan menghabiskan lebih banyak masa dalam separuh kawasan tuan rumah dan anda masih kalah.

“Tetapi saya tetap bangga dengan pemain saya. Sudah menjadi pengalaman yang luar biasa untuk diri saya dan kakitangan dan negara harus berbangga dengan mereka. ”

Arnold mengambil alih sebagai jurulatih Australia daripada Bert van Marwijk setelah penampilannya di Piala Dunia FIFA 2018 Rusia.

“Saya berasa bangga,” katanya mengenai prestasi pasukannya sepanjang Piala Asia AFC 2019. “Saya berasa bangga bahawa ia adalah permulaan perjalanan selama empat tahun dan kami datang ke sini dan kami telah melakukannya dengan baik.

“Pemain muda mempunyai pengalaman hebat semasa kejohanan ini dan dengan jumlah perubahan yang kami buat. Ia menjadi kejohanan yang sangat menyeronokkan dan ia menjadi pengalaman hebat untuk semua. “