Kajian & Analisis Asian Cup

Analisa Piala Asia – Empat Pasukan Buru Tempat Di Pentas Akhir

Empat pasukan terakhir telah mengesahkan tempat pada separuh akhir Piala Asia 2019. Pasukan tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal menyertai juara empat kali Piala Asia, Jepun, Iran dan Qatar.

Setiap pasukan telah menunjukkan kualiti yang dimilik mereka apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing pada peringkat suku akhir. Iran bakal bertemu Jepun pada 28 Januari, manakala Qatar bakal bertemu tuan rumah UAE pada 29 Januari.

Aksi pentas final akan berlangsung pada 1 Februari di Stadium Bandaraya Zayed Sports Abu Dhabi.

Berikut adalah analisa awal dua perlawanan yang bakal berlangsung nanti.

REPUBLIK ISLAM IRAN v JAPAN

Stadium Hazza bin Zayed, Al Ain – 18:00, 28 Januari

Dengan tujuh kejuaraan Piala Asia AFC di antara mereka, separuh akhir kali ini bakal menyatupadukan dua pasukan yang paling berjaya.

Juara empat kali Jepun telah menjadi pasukan dominan di era moden, mengangkat trofi pada tahun 2000, 2004 dan 2011 selepas menjejakkan kaki untuk mahkota pertama pada tahun 1992, manakala pemenang tiga kali Iran tidak pernah mengangkat mahkota Asia sejak tahun 1976.

Dengan kedua-dua pasukan masih kekal dengan rekod tanpa kalah, ia bakal menjadi satu perlawanan yang dramatis bagi peminat bola sepak dari kedua-dua negara. Ia juga bakal menjadi satu pertandingan klasik untuk anak buah Carlos Queiroz dan Hajime Moriyasu.

Walaupun mempunyai rekod yang baik sepanjang menyertai pertandingan ini. Jepun dan Iran hanya pernah berjumpa dua kali sepanjang kejohanan Piala Asia diadakan dengan rekod seri tanpa jaringan di Doha pada tahun 1988 dan gol tunggal perlawanan daripada Kazuyoshi Miura yang memberi Jepun kemenangan 1-0 ke atas Iran, empat tahun kemudia.

Biarpun Jepun dilihat sebagai pasukan yang gah, mereka masih tidak mengeluarkan lagi potensi sebenar mereka dan sering kali dilihat dalam situasi sukar untuk menembus kawasan lawan. Perlawanan terakhir dengan Vietnam  mereka dibantu oleh Video Penolong Pengadil (VAR), dimana mereka berjaya menewaskan pasukan kerdil daripada Asia Tenggara. Manakala

Manakala Iran pula adalah sebuah pasukan yang konsisten setelah menewaskan Yemen dan Vietnam di peringkat kumpulan. Mereka datang ke peringkat 16 terbaik dengan keyakinan dan berjaya menewaskan Oman. Pada peringkat suku akhir pula, mereka membelasah pasukan China 3-0.

Iran bukanlah lawan mudah buat Jepun pada peringkat separuh akhir nanti. Dan sudah pasti, anak buah Carlos Queroz akan memberi tentangan yang sebenar buat Jepun.

Jangkaan jaringan : Iran 2 – 1 Jepun

QATAR v UNITED ARAB EMIRATES

Stadium Mohammed bin Zayed, Abu Dhabi – 18:00, 29 Januari

Lima kemenangan berturut-turut, termasuk tiga menentang bekas juara, telah meletakkan Qatar ke peringkat empat pasukan terbaik buat kali pertama dalam sejarah, sementara pasukan United Arab Emirates (UAE) kendalian Alberto Zaccheroni terpaksa bekerja keras sebelum layak ke separuh akhir Piala Asia 2019

Setelah masing-masing menang ke atas Korea Selatan dan Australia pada suku akhir, Qatar dan UAE kini berpotensi menjadi juara Asia, satu gelaran yang tidak pernah dikecap.

Felix Sanchez, penyerang Qatar mendahului dengan tujuh gol, manakala UAE menampilkan Ali Mabkhout, bekas pemenang kasut emas Piala Asia edisi 2015 di Australia telah menjaringkan empat gol sepanjang kempen ini berlangsung.

UAE pasukan tuan rumah disuntik dengan semangat penyokong sendiri. Biarpun gagal mencatat kemenangan pada perlawanan pertama setelah seri dengan Bahrain. Anak buah Zaccheroni berjaya melepasi setiap halangan yang mereka hadapi. Lawan mereka yang paling besar setakat ini adalah Australia, dimana mereka berjaya mencipta kejutan ke atas juara Piala Asia edisi 2015.

Manakala Qatar menunjukkan peningkatan yang baik pada edisi kali ini. Membelasah Korea Utara 6-0 pada peringkat kumpulan seolah-olah mereka sudah membunyikan amaran pada pasukan lawan. Selain berjaya menewaskan Korea Selatan pada peringkat suku akhir, Qatar adalah pasukan yang tidak boleh dipandang rendah.

Jangkaan jaringan : Qatar 2 – 2 UAE (Qatar layak dengan menang penalti)