Peminat Liverpool telah menuntut kelab untuk menjual Dejan Lovren selepas penampilan buruk dalam kekalahan 2-1 menentang Manchester City pada pagi Jumaat.
Dalam perlawanan Liga Perdana yang padat, perlawanan diantara City dan Liverpool adalah antara perlawanan yang dinanti-nantikan. Dengan Liverpool berada gah dipuncak liga setelah mencatat rekod bersih tanpa kalah. Manakala pasukan Pep Guardiola turun di hadapan penyokong sendiri dengan misi untuk meruntuhkan tembok pertahanan Liverpool.
Semuanya serba tidak menjadi buat Liverpool daripada wisel pertama permainan. Permainan yang tampak dibawah tekanan serta tidak bermain dengan baik. Man City pula tenang dalam mengatur perlawanan dan biarpun beberapa kali membuat kesalahan dibahagian pertahanan, anak buah Pep tetap mengawal permainan dengan baik.
Pasukan pelawat seolah terkejut dengan sistem tekanan tinggi dari pasukan Pep Guardiola. The Reds hampir di depan dalam situasi kucar kacir di hadapan pintu gawang City, tetapi dinafikan oleh teknologi garis gol untuk gol pembukaan.
Jaringan pertama City hadir selepas Sergio Aguero muncul wira apabila menerima umpanan Bernando Silva daripada bahagian kiri padang. Beliau yang tidak dikawal oleh Lovren merembat kencang untuk memberi kedudukan yang selesa buat Manchester City.
Kesalahan Lovren yang leka dan tidak mengawal penyerang Argentina itu membuatkan beberapa peminat serta pengkritik bolasepak mempersoalkan apa yang telah beliau lakukan.
Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat babak pertama.
Memasuki babak kedua, Liverpool berjaya mengikat kedudukan dengan gol cantik jaringan Roberto Firmino yang menerima hantaran daripada pertahanan kiri Liverpool, Robertson.
Dengan kedudukan yang terikat 1-1, City terus memberi tekanan kepada Liverpool dengan beberapa cubaan bertali arus.
Pada minit ke 72, Liverpool sekali lagi dikecewakan oleh Lovren yang gagal mengawal permainan. Beliau yang kelihatan gugup gagal memberi tekanan awal sehingga membuka ruang kepada Raheem Sterling untuk mencari Leroy Sane yang kosong tidak dikawal oleh pertahanan Liverpool. Hasilnya Sane berjaya menjaringkan gol kemenangan buat pasukan Manchester City.
Pada akhir minit perlawanan, Lovren terus melakukan kesalahan apabila gagal membuang kemas bola di dalam kotak penalti Liverpool sehingga memberi ruang kepada Sterling untuk menjaringkan gol ketiga. Tetapi dinafikan apabila sepakan Sterling jauh melepasi gawang.
Pertahanan Croatia ini juga dilihat menimbulkan kemarahan rakan sepasukan. Pada detik-detik akhir permainan, beliau menghantar bola tinggi ke dalam kotak penalti City mencari Virgl van Dijk sehingga bola itu keluar daripada permainan. Van Dijk yang kelihatan kurang senang dengan Lovren telah meluahkan kemarahan beliau dengan mempersoal keputusan beliau untuk bermain hantaran panjang apabila wujud pemain sayap Liverpool dikiri dan kanan padang.
Selain itu, beberapa peminat Liverpool kelihatan hilang sabar dan ingin Lovren dijual pada jendela perpindahan bulan ini.
Seorang pengguna Twitter menulis, “Secara jujur, saya tidak mahu melihat Lovren lagi. Tidak peduli berapa banyak yang kita perlu belanjakan, hapuskan. Bermain dengan Van Dijk tidak melepaskan beliau daripada bermain seperti orang hilang akal.”
Manakala pengguna Twitter yang lain berkata, “Kami akan mendapat kemenangan jika Joe Gomez atau bahkan Joel Matip yang bermain bukan Lovren. Jarang saya melihat pertahan kami membuat banyak kesilapan dengan 5 pasukan teratas.”
Selaindaripada itu, ada penyokong Liverpool yang merayu supaya pengurusan kelab menjual Lovren, “Tolong Liverpool, jual Lovren bulan ini. Buang sampah dan liabiliti pada pasukan. “