Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Reaksi Tun Mahathir Malaysia Tewas Di Tangan Vietnam

Impian Malaysia membawa pulang Piala AFF Suzuki 2018 ke tanah air disekat selepas tewas di tangan Vietnam menerusi gol awal Nguyen Anh Duch pada minit ke-6. Perlawanan yang berlangsung di Stadium My Dinh itu dihadiri kira-kira 40,000 penyokong tuan rumah. 

Biarpun tewas ditangan Vietnam, pemain negara harus dipuji apabila berjaya melayakkan diri ke pentas final setelah menerima beberapa kecaman daripada peminat bolasepak negara.

Bagi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad, banyak pengajaran serta motivasi yang dapat di ambil daripada perlawanan akhir ini. Bagi beliau, kekalahan ini adalah satu permulaan untuk skuad negara kembali bangkit untuk menunjukkan kebolehan sebenar skuad bolasepak negara.

“Saya berpendapat bahawa pemain kita bermain dengan baik dan beberapa kali mereka (skuad Harimau Malaya) telah dapat dekat dengan gol Vietnam, tapi entah bagaimana, bola itu telah dapat kepada pihak Vietnam. Mereka (pasukan Vietnam) biasanya tendang jauh daripada gol mereka. Dengan itu peluang kita nak jaringkan gol pun semakin sukar.

“Bagaimanapun, saya yakin dengan sedikit lagi usaha, kita ada potensi untuk memenangi dalam perlawanan-perlawanan berikut. Saya harap pemain kita dan jurulatih tidak kecewa sebaliknya menggunakan ini sebagai satu pelajaran pengalaman untuk menaikkan lagi kebolehan mereka. Saya yakin mereka punyai potensi yang baik,” kata beliau seperti dipetik di astroawani.com. 

Tun Dr Mahathir yang berada di Thailand bagi lawatan kerja sempat menonton 20 minit baki perlawanan tersebut pada majlis makan malam. 

Turut sama menonton perlawanan tersebut ialah isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Menteri Luar, Saifuddin dan Duta Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.