Eropah Berita

Chelsea Sekali Lagi Berdepan Kes Perkauman

Selepas empat peminat Chelsea dilaporkan dilarang menyaksikan perlawanan selepas mengeluarkan kata-kata perkauman kepada Raheem Sterling sewaktu Chelsea menundukkan pasukan Pep Guardiola tempoh hari.

Pasukan The Blues sekali lagi bertindak sedemikian apabila kedengaran nyanyian lagu anti-yahudi pada perlawanan aksi Liga Europa menentang Vidi FV di Budapest, hari ini.

“Anti-Yahudi dan apa juga berkaitan kaum atau kebencian agama adalah sangat dibenci kelab ini dan majoriti peminat kami, “ kata kelab itu dalam satu kenyataan.

“Perkara itu tidak ada tempat di Chelsea atau dalam mana-mana komuniti kami. Kami sudah menyatakan dengan jelas dan terang dalam banyak acara daripada pemilik kelab, lembaga, jurulatih dan juga pemain.

“Mana-mana individu yang tidak boleh menerima pakai mesej mudah ini dan didapati memalukan kelab dengan menggunakan perkataan anti-yahudi atau perkauman atau dalam bentuk tindakan, bakal berdepan dengan tindakan keras daripada kelab ini,” kata kenyataan tersebut.

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri ketika ditanya wartawan menyatakan ; “Saya tidak mendengar apa-apa, saya tidak dapat memahami lagu dalam bahasa Inggeris, saya minta maaf.”

Kontroversi seperti ini sebenarnya adalah sesuatu perkara yang mahu dielak pengurusan Chelsea selepas insiden yang menyaksikan Sterling di ejek dengan kata-kata perkauman.