Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Tan Cheng Hoe Yakin Malaysia Mampu Atas Vietnam

Bagi pengendali Harimau Malaya, beliau mengakui bahawa skuad negara berhadapan misi sukar menjelang perlawanan timbal balik di Hanoi nanti.

Skuad negara yang menang enam perlawanan manakala tewas 10 perlawanan dengan Vietnam sejak daripada Sukan Asia 1991 bakal turun dengan misi memburu kemenangan selepas seri 2-2 di halaman sendiri minggu lalu. 

Vietnam yang mempunyai kelebihan jaringan ditempat lawan pasti akan menggunakan kelebihan ini untuk beraksi cemerlang dihadapan penyokongan sendiri bagi mempertahankan kelebihan tersebut.

“Kami mempunyai gunung untuk didaki di Hanoi. Sudah tentu, kami masih ada peluang kerana kami tidak tewas pada perlawanan pertama tetapi ia hanya dapat dicapai jika pemain saya melakukannya dengan 100 peratus.

“Mereka perlu bersedia dengan mental dan fizikal untuk cabaran ini,” kata Cheng Hoe kepada Sukan NSTP.

Bagi bekas pengendali Kedah, beliau memerlukan para pemain agar terus fokus kerana misi ini hanya berjaya jika skuad Harimau Malaya dapat mencari gol awal.

“Kami memerlukan gol awal untuk memperoleh keyakinan yang dapat kami bina semasa perlawanan. Semua orang hanya perlu fokus dan juga mengurangkan kesilapan, “katanya kepada Sukan NSTP