Eropah Berita

Mueller Mintak Maaf Aksi Kung Fu Kepala Pertahanan Ajax

Thomas Mueller meminta maaf atas tendangan kung fu yang terkena kepala ketua pertahanan Ajax, Nicholas Tagliafico yang menyaksikan bintang Jerman itu dibuang pada, Rabu lalu.

“Tidak, tidak – sudah tentu saya tidak bermaksud untuk melakukannya,” kata pemain berusia 29 tahun itu mengenai kad merah pertama dalam kerjayanya dalam 462 penampilan untuk Bayern

Mueller meminta maaf kepada pemain tersebut dilaman Instagram miliknya selepas beliau dilaporkan mahu bertemu dengan Tagliafico sejerus selepas perlawanan di bilik persalinan, tetapi pemain pertahan Ajax tersebut sudah meninggalkan stadium tersebut.

“@ tagliafico3 – Saya sangat menyesal kerana apa yang berlaku semalam! Tidak sengaja (sic). Semoga cepat sembuh,” kata beliau dilaman Instagram miliknya.

Mueller dibuang padang 15 minit terakhir selepas cuba mengawal bola dengan hujung kaki beliau tetapi gagal berbuat demikian dan kaki beliau singgah ke kepala pertahanan Ajax yang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 90.